Ahmad Zahid menghadap Sultan Johor berhubung pelantikan Menteri Besar
Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berhubung pelantikan Menteri Besar Johor petang ini (14 Mac).
Timbalan Perdana Menteri Malaysia Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar fail: BERNAMA)
JOHOR BAHRU: Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berhubung pelantikan Menteri Besar Johor petang ini (14 Mac).
Perkara itu disahkan oleh Pengerusi BN Johor Hasni Mohammad.
"Prosesnya memang begitu. Bila Suruhanjaya Pilihan Raya beritahu keputusan pilihan raya, Presiden (UMNO) kemudiannya menghadap (Sultan Johor)," kata beliau kepada para pemberita secara ringkas ketika ditemui di ibu pejabat Badan Perhubungan UMNO Johor, sebentar tadi.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung pada Sabtu (12 Mac), BN memperolehi lebih daripada dua pertiga majoriti iaitu 40 kerusi Dewan Undangan Negeri daripada 56 kerusi yang dipertandingkan.
Awal dari itu, Ahmad Zahid dilihat tiba di Pejabat Perhubungan UMNO Johor di Jalan Yahya Awal pada pukul 2.30 petang tadi sebelum meninggalkan bangunan itu 20 minit kemudian.
Semasa berkempen, Ahmad Zahid menamakan Hasni, yang juga ADUN Benut sebagai calon menteri besar bagi BN untuk mengetuai kerajaan negeri yang baru sekiranya parti itu memenangi PRN Johor.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.