Skip to main content

Dunia

Ahmad Zahid kembali bertugas, sertai mesyuarat kabinet

Anggaran Waktu Membaca:
Ahmad Zahid kembali bertugas, sertai mesyuarat kabinet

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 01 Dec 2023 12:58PM Dikemas Kini : 01 Dec 2023 05:28PM
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Malaysia Ahmad Zahid Hamidi kembali bertugas pada Jumaat (1 Dis).

Beliau menghadiri mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, selepas tempoh berehat setelah menjalani pembedahan baru-baru ini.

Encik Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, dilihat hadir dalam bilik mesyuarat dalam keadaan ceria ketika membuat pendaftaran Identiti Digital Nasional atau Digital ID.

Beliau antara Jemaah Menteri yang menyertai Encik Anwar mendaftar Digital ID, platform yang dipercayai dan selamat, serta memudahkan pengesahan identiti dalam talian bagi mengelakkan penipuan identiti dalam urusan secara dalam talian, tanpa menggantikan sistem MyKad.

“Ya, Datuk Seri kembali bertugas,” kata seorang pegawai Encik Ahmad Zahid.

Pada 19 November lepas, anak sulung Timbalan Perdana Menteri itu, Nurulhidayah Ahmad Zahid, menerusi catatan di Instagram, mengesahkan bapanya dalam keadaan sihat selepas menjalani prosedur pembedahan yang diadakan pada 14 November.

Pada 23 November, Encik Ahmad Zahid dalam catatan di laman sosial miliknya berkata beliau kini dalam tempoh berehat seperti yang dinasihatkan oleh doktor, sebelum kembali bertugas.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita