Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ahmad Zahid keluarkan notis tuntutan terhadap Mahathir, Muhyiddin

Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengeluarkan notis tuntutan terhadap dua bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin berhubung tohmahan serta kenyataan yang didakwa berbaur fitnah terhadapnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Ahmad Zahid keluarkan notis tuntutan terhadap Mahathir, Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri Malaysia Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar fail: BERNAMA)

JOHOR BAHRU: Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengeluarkan notis tuntutan terhadap dua bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin berhubung tohmahan serta kenyataan yang didakwa berbaur fitnah terhadapnya.

Perkara itu dinyatakan dalam dua kenyataan media oleh Tetuan Shahrul Hamidi dan Haziq, yang mewakili Encik Ahmad Zahid.

Dr Mahathir didakwa membuat kenyataan tersebut dalam sesi soal jawab selepas Pelancaran Aspirasi Pejuang bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Putrajaya pada 23 Februari lalu manakala Encik Muhyiddin dalam ucapannya di Felda Tenggaroh, Johor, pada 16 Februari.

Berikutan itu, satu notis tuntutan dikeluarkan serta diserahkan kepada Dr Mahathir dan Encik Muhyiddin masing-masing pada 25 dan 23 Februari secara kendiri selain Pos Berdaftar.

“Sehingga kini, kami masih belum menerima apa-apa jawapan,” menurut firma guaman tersebut dalam kenyataan itu.

Notis itu antaranya menuntut supaya kedua-dua pemimpin menghentikan, memadam dan menurunkan penerbitan kenyataan tersebut dalam tempoh tujuh hari.

Selain itu, ia menuntut permohonan maaf secara bertulis dan terbuka diterbitkan kepada Ahmad Zahid serta aku janji tidak akan mengulangi kenyataan sama.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan