Ahmad Zahid harap GPS turun padang bantu calon BN dalam PRN
Anggaran Waktu Membaca:
Dr Ahmad Zahid Hamidi di majlis Merarau Ngiling Tikai anjuran Parti Rakyat Sarawak pada 2 Jul 2023. (Gambar: BERNAMA)
SRI AMAN: Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) dapat turun padang membantu calon Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya negeri (PRN) yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Pengerusi BN itu berkata beliau mahu agenda kestabilan politik di Sarawak menjadi contoh serta diguna pakai oleh jentera gabungan berkenaan semasa berkempen kelak.
"Saya telah berbincang dengan Setiausaha Agung GPS Alexander Nanta Linggi untuk membawa tokoh daripada GPS bagi membantu kempen di enam negeri… insyaAllah (Pengerusi GPS) Abang Johari Tun Openg sendiri akan pilih siapa yang akan turun untuk bantu kita dalam PRN nanti," kata beliau dalam satu sidang media selepas majlis Merarau Ngiling Tikai anjuran Parti Rakyat Sarawak pada Ahad (2 Jul).
Berucap di majlis itu, Dr Ahmad Zahid berkata pemimpin politik seharusnya membawa agenda penyelesaian masalah rakyat yang boleh dilaksanakan lebih baik dengan keadaan politik yang stabil.
"Saya yakin pengalaman PRN di Sarawak boleh kami (BN) pinjam untuk diguna pakai agar kestabilan Sarawak boleh dipelajari di enam negeri itu nanti… Sebagai contoh, kepimpinan Abang Johari menyantuni semua parti di Sarawak dengan baik.
"Ini patut diikuti di Semenanjung, jangan main terlalu banyak isu perbezaan pendapat dan timbulkan fitnah yang boleh meresahkan rakyat serta timbulkan isu keagamaan," tambahnya.
Di majlis itu, Dr Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, turut mengumumkan peruntukan RM300 juta (S$87 juta) untuk menaik taraf jalan Ulu Skrang yang berbatu kepada jalan raya berturap serta RM5.76 juta (S$1.67 juta) bagi membina jambatan baru konkrit di Nanga Entalau.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.