Skip to main content

Dunia

Ahmad Zahid Hamidi gagal kemuka surat jemputan PMO

 Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi gagal menunjukkan surat jemputan daripada Jabatan Perdana Menteri (PMO) tentang pertemuan dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini (3 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Ahmad Zahid Hamidi gagal kemuka surat jemputan PMO

Dr Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 03 Mar 2020 02:24PM Dikemas Kini : 03 Mar 2020 02:26PM

KUALA LUMPUR: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi gagal menunjukkan surat jemputan daripada Jabatan Perdana Menteri (PMO) tentang pertemuan dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini (3 Mac).

Encik Zahid berkata, surat tersebut tidak dapat dikeluarkan memandangkan setiausaha politik perdana menteri belum dilantik secara rasmi.

“Saya juga ingin menjelaskan bahawa perintah Yang Arif semalam tentang surat, saya telah berhubung dengan setiausaha politik berkenaan.

“Oleh kerana belum ada pelantikan secara rasmi dan belum angkat sumpah, maka surat yang meminta saya datang dan juga surat yang memperjelas pertemuan itu, tak dapat dikeluarkan oleh pegawai berkenaan,” katanya di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Malaysiakini melaporkan ia bertentangan dengan keterangan Encik Zahid di mahkamah semalam bahawa dia memang menerima surat daripada PMO untuk satu pertemuan dengan Encik Muhyiddin semalam bagi membincangkan soal pelantikan kabinet baru kerajaan.

Encik Zahid kemudian memohon maaf kepada mahkamah atas apa yang disifatkannya sebagai kekeliruan semalam.

“Secara terbuka saya memohon maaf atas kekeliruan dan salah faham yang timbul, dan saya tak berhasrat langsung untuk mengelirukan mahkamah ini.

"Saya amat menghormati Yang Arif dan mahkamah yang mulia. Sekali lagi saya memohon maaf atas kekeliruan," katanya.

Semalam, Sequerah memangil semula sebutan kes pada sebelah petang untuk mendapatkan penjelasan Encik Zahid, selepas membenarkan permohonan penangguhan oleh pembelaan di sebelah pagi, lapor Malaysiakini.

Ia menyusuli JPM dalam kenyataan menafikan Encik Muhyiddin mengadakan sebarang pertemuan politik semalam.

Sequerah juga meminta Encik Ahmad Zahid menjelaskan perkara itu dan menunjukkan surat jemputan daripada JPM sebagai bukti pertemuan tersebut.

Timbalan DPP Raja Rozela Raja Toran kemudian menggesa mahkamah supaya memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap tertuduh kerana didakwa “menipu, dan dengan sengaja memperdayakan mahkamah untuk mendapat cuti satu hari” daripada perbicaraannya.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita