Ahmad Zahid hairan tindakan Muhyiddin mahu saman dirinya berhubung dakwaan dana perjudian
Anggaran Waktu Membaca:

Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar fail: Bernama)
PUTRAJAYA: Ahmad Zahid Hamidi hairan dengan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin yang mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau berhubung dakwaan dana perjudian bagi membiayai perbelanjaan pilihan raya umum yang lalu.
“Saya... saya? Pasal apa saya?,” soalnya di sidang media selepas merasmikan majlis kemuncak National Training Week 2023 pada Sabtu (27 Mei), dipetik daripada Astro Awani.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan Pengerusi PN itu mempertimbang untuk menyamannya dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung kenyataan yang dikatakan mengaitkan Perikatan Nasional (PN) menerima dana judi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pada Jumaat (26 Mei), Encik Muhyiddin memberitahu akan berbincang dengan peguamnya untuk mengambil langkah seterusnya terhadap kenyataan yang dibuat oleh perdana menteri dan timbalan perdana menteri itu, lapor Astro Awani.
Ia berikutan penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said, melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat, bahawa siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dapat membuktikan dakwaan PN menerima dana daripada syarikat perjudian untuk berkempen dalam PRU15.
Menurut laporan Astro Awani, Cik Azalina berkata SPRM sudah menjalankan kajian terperinci berkaitan maklumat berkenaan. Bagaimanapun, agensi itu mendapati maklumat terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkan isu tersebut
Sehubungan itu, beliau memberitahu, tiada apa-apa fail siasatan dibuka.
Sebelum ini, Encik Anwar dalam sidang medianya mendedahkan kemungkinan PN memperoleh dana politik daripada syarikat berkaitan perjudian bagi membiayai perbelanjaan pilihan raya.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.