Ahmad Zahid guna kad kredit peribadi dahulukan pembelian sumbangan kebajikan Yayasan Akalbudi, kata saksi
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di KL pada Selasa (1 Ogos) diberitahu bahawa Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggunakan kad kredit peribadinya untuk mendahulukan pembelian peralatan untuk disumbangkan kepada masjid bagi aktiviti kebajikan Yayasan Akalbudi (YAB).
Cik Rosiah Osman, 71 tahun, yang ketika itu Setiausaha Eksekutif Ahmad Zahid berkata wang YAB kemudian dikeluarkan bagi membayar balik kad kredit bagi pembelian berkenaan.
Menurut Cik Rosiah, kad kredit Encik Ahmad Zahid digunakan untuk pembelian antaranya permaidani, kipas dan pendingin hawa yang disumbangkan kepada masjid memandangkan yayasan tersebut tidak mempunyai kad kredit.
“Kita menerima penyata kad kredit setiap bulan. Saya akan teliti sama ada ia perbelanjaan peribadi Encik Ahmad Zahid atau perbelanjaan berkaitan Yayasan Akalbudi(YAB).
“Saya akan buat bayaran kad kredit menggunakan cek ditetapkan yang mana perbelanjaan peribadi Encik Ahmad Zahid menggunakan cek Maybank Encik Ahmad Zahid manakala perbelanjaan berkaitan Yayasan Akalbudi menggunakan cek Affin Bank yayasan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh peguam Hamidi Mohd Mohd mewakili Encik Ahmad Zahid, 70 tahun, yang diperintah membela diri terhadap 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana YAB.
Saksi pembelaan ketujuh itu berkata selepas bersara pada 7 Disember 2011, tugasnya diambil alih Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly dan Cik Rosiah menyerahkan kunci kabinet, buku cek peribadi Encik Ahmad Zahid dan pihak yayasan yang belum dan telah digunakan kepada Mejar Mazlina.
“Saya berpesan kepada Mejar Mazlina supaya menggunakan cek peribadi Encik Ahmad Zahid untuk membayar kad kredit bagi perbelanjaannya manakala cek YAB untuk membayar kad kredit bagi perbelanjaan berkaitan YAB.
“Saya juga berpesan kepada Mejar Mazlina supaya menggunakan cap tandatangan Encik Ahmad Zahid untuk digunakan pada kad perayaan, surat jemputan, sijil dan surat penghargaan,” katanya yang bertugas sebagai Setiausaha Peribadi Ahmad Zahid sejak 1994.
Selain itu, Cik Rosiah bersetuju dengan cadangan Encik Hamidi bahawa sepanjang perkhidmatannya, Encik Ahmad Zahid tidak pernah memberikan arahan kepadanya untuk menggunakan cap tandatangan berkenaan bagi cek.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

Sumber : Bernama/AA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.