Ahmad Zahid gagal tangguh prosiding pembelaan kes rasuah Yayasan Akalbudi
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada Isnin (4 Jul) menolak permohonan Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menangguhkan pemeriksaan balas pihak pendakwaan ke atasnya sementara menunggu keputusan rayuan. Ia memutuskan bahawa tertuduh tidak akan diprejudis semasa pemeriksaan balas.
Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dr Ahmad Zahid Hamidi, hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 4 Julai 2022 untuk perbicaraan membela diri atas 47 pertuduhan. (Gambar: BERNAMA)
Hakim Collin Lawrence Sequerah dalam keputusannya berkata tiada keadaan khas untuk membenarkan permohonan Ahmad Zahid bagi penangguhan.
“Tertuduh (Ahmad Zahid) bebas menemu bual saksi bila-bila masa. Sebahagian daripada mereka adalah ahli keluarganya, malah pihak pendakwaan komited untuk membantu beliau. Beliau tidak dinafikan perbicaraan yang adil,” kata hakim.
Bekas timbalan perdana menteri Malaysia itu memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding membela diri dalam kes rasuah membabitkan dana Yayasan Akalbudi (YAB) sehingga rayuannya untuk mendapatkan salinan percakapan saksi daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diputuskan Mahkamah Rayuan.
Pemeriksaan balas terhadap Ahmad Zahid bermula Khamis lalu selepas beberapa hari memberi keterangan membela diri dalam kes itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.