Ahmad Zahid beri amaran anggota UMNO berhasrat 'keluar parti sekejap' boleh keluar selama-lamanya
Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran individu yang ingin 'keluar sekejap' daripada parti itu boleh keluar untuk selama-lamanya.
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran individu yang ingin 'keluar sekejap' daripada parti itu boleh keluar untuk selama-lamanya.
Encik Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia berkata tumpuan utamanya kini adalah untuk memperkukuhkan perpaduan dalam parti.
Menurutnya, UMNO kini menjadi semakin kecil disebabkan berlaku perpecahan dalaman dan oleh itu ia hanya memenangi 26 kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November 2022.
"Matlamat saya adalah untuk menyatukan semula (ahli parti), mereka yang sudah keluar boleh terus keluar. Mereka yang 'keluar sekejap' boleh kekal di luar untuk selama-lamanya.
"Mana-mana yang ada kini harus mempunyai sikap setia dan taat kepada parti mengatasi kepentingan peribadi," katanya menerusi podcast Buletin TV3 pada Ahad (2 Feb) seperti dinukil BHOnline.
Keluar Sekejap adalah nama podcast dikendalikan oleh mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bersama mantan Ketua Penerangan, Shahril Hamdan.
Encik Khairy yang juga mantan Menteri Kesihatan, dipecat daripada UMNO pada Januari 2023 kerana melanggar disiplin parti pada PRU-15. Encik Shahril pula dikenakan penggantungan selama enam tahun daripada parti pada Ogos 2022.
Pada Disember tahun lalu, Encik Ahmad Zahid berkata Encik Khairy dialu-alukan kembali ke UMNO jika beliau dapat membuktikan komitmennya kepada parti.
Bagaimanapun, Encik Khairy berkata beliau hanya akan menyertai semula parti itu sekiranya UMNO komited untuk menjadi parti lebih baik.
Dalam pada itu, Encik Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata lebih baik partinya itu menjalani bahtera dengan bilangan ahli yang kecil daripada mempunyai individu yang disifatkan seperti 'duri dalam daging'.
"Apa yang penting adalah penyatuan dan perpaduan, jika ada gunting dalam lipatan atau kaduk naik junjung, saya fikir orang seperti ini tidak diperlukan (dalam parti).
"Biarlah sedikit pun ahli UMNO, tapi mereka taat dan setia kepada parti, kita tidak mahu menjadi seperti buih di lautan.
"Saya bukannya seorang pemimpin diktator atau kuku besi, saya boleh berbincang. Kini UMNO akan susun strategi untuk kita kembali dominan semula," katanya seperti dinukil BH Online.
Dalam pada itu, Encik Ahmad Zahid menafikan dirinya tidak boleh dikritik sebaliknya tindakan diberikan kepada mereka yang mengkritik parti.
"Saya tidak mengetepikan sesiapa pun, tapi kalau kritik parti bayarlah harga sepatutnya. (Tindakan) itu diberikan bukan pada (mereka yang kritik) saya.
"Individu yang mengkritik saya secara peribadi, saya tidak pernah lakukan sebarang tindakan, cuma (tindakan dikenakan) kepada mereka yang menyentuh parti," katanya.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.