Ahmad al-Sharaa diisytihar sebagai Presiden Syria untuk fasa peralihan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP)
DAMSYIK: Pemimpin sementara Syria Ahmed al-Sharaa pada Rabu (29 Jan) diisytiharkan sebagai presiden sedang negara itu melalui fasa peralihan, sekali gus mengukuhkan kedudukannya kurang dua bulan selepas beliau menerajui kempen untuk menggulingkan Bashar al-Assad.
Encik Sharaa juga diberi kuasa untuk menubuhkan majlis perundangan sementara sepanjangh tempoh peralihan itu sedang perlembagaan Syria digantung buat sementara waktu, menurut pengumuman tentera yang mengetuai serangan terhadap mantan Presiden Assad.
Keputusan itu diumumkan selepas para komander tentera yang mengambil bahagian dalam serangan itu mengadakan mesyuarat, dengan kempen ketenteraan itu diterajui oleh kumpulan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) yang dipimpin oleh Encik Sharaa.
Berucap semasa persidangan itu, Encik Sharaa berkata keutamaan nombor satu Syria adalah untuk mengisi kekosongan dalam pemerintah "dengan cara yang wajar dan sah".
Beliau juga berkata keamanan awam mesti dipelihara melalui keadilan dan mencegah sebarang tindakan untuk membalas dendam, dan institusi-institusi negara - yang paling utama dalam kalangan pasukan tentera dan keselamatan - dibina semula, dan infrastruktur ekonomi dibangunkan dengan sewajarnya.
Encik Sharaa juga telah berikrar akan memulakan peralihan politik termasuk persidangan kebangsaan, menubuhkan pemerintah yang inklusif, dan akhirnya mengadakan pilihan raya, yang menurutnya boleh mengambil masa sehingga empat tahun untuk diadakan.
Pengumuman pada Rabu (29 Jan) tidak pula menyatakan bila badan perundangan baharu itu mungkin akan dipilih, atau memberikan sebarang butiran mengenai garis masa untuk tempoh peralihan.
Fawaz Gerges, Profesor Perhubungan Antarabangsa di Sekolah Ekonomi London, berkata perisytiharan itu telah "merasmikan statusnya sebagai pemimpin Syria". "Pandangan saya ialah HTS dan Encik Sharaa berhasrat untuk menyatukan pemerintahan parti tunggal Islam."
HTS muncul daripada Barisan Nusra, sekutu Al-Qaeda dalam perang saudara Syria, sehingga ia memutuskan hubungan pada 2016
QATAR MENGALU-ALUKAN PENGUMUMAN
Perisytiharan itu mengumumkan bahawa "Sharaa telah mengambil alih jawatan presiden negara semasa fasa peralihan" dan akan "menggalas tugas presiden Republik Syria, dan mewakilinya dalam forum-forum antarabangsa".
Majlis perundangan baharu itu akan menjalankan tugasnya sehingga perlembagaan baharu ditubuhkan. Parlimendi bawah mantan Presiden Assad tahun lalu telahpun dibubarkan secara rasmi.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.