Ahli politik veteran India ditembak mati di Mumbai
Anggaran Waktu Membaca:
NEW DELHI:Seorang ahli politik veteran, Ziauddin Siddique telah ditembak mati di luar pejabat anaknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri, Zeeshan Siddique di kawasan Bandra, Mumbai pada Sabtu malam (12 Okt).
Tiga penyerang melepaskan tembakan ke atas mantan menteri wilayah Maharashtra itu yang juga lebih dikenali sebagai Baba Siddique.
Dua suspek sudahpun diberkas oleh pihak polis.
Encik Siddique, yang berusia 66 tahun, pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri sebanyak tiga kali dan merupakan tokoh politik berpengalaman di wilayah Maharashtra.
Beliau meninggalkan Parti Kongres Nasional India pada Februari lalu untuk menyertai Parti Kongres Nasionalis (NCP) yang dipimpin oleh Timbalan Ketua Menteri Maharashtra, Ajit Pawar.
Pembunuhan itu berlaku sedang Maharashtra, antara wilayah yang paling berpengaruh dari segi politik di India, sedang bersiap sedia untuk mengadakan pilihan raya dewan undangan negeri pada hujung tahun ini.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.