Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ahli politik siar video hina Nabi cetus ketegangan di Hyderabad, India

Anggaran Waktu Membaca:

NEW DELHI: Ketegangan tercetus di bandar Hyderabad di selatan India selepas seorang pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP) mengeluarkan video menghina Nabi Muhammad (SAW).

BJP menggantung anggota Dewan Undangan Negeri Telangana, T. Raja Singh, selepas beliau ditahan polis pada Selasa (23 Ogos) kerana kenyataan yang menyinggung perasaan itu.

Bagaimanapun, Encik Singh dibebaskan beberapa jam selepas dihadapkan ke mahkamah.

Umat Islam mengadakan tunjuk perasaan di Hyderabad, ibu kota Telangana, menuntut penahanan ahli politik itu.

Encik Singh merupakan ahli politik kontroversi kerana pernah membuat komen provokatif tentang umat Islam dan Islam sebelum ini.

Negeri itu diperintah oleh Telangana Rashtra Samithi (TRS), sebuah parti politik negeri.

Dalam video yang disiarkan di media sosial pada Rabu (24 Ogos), anggota polis yang berpakaian anti rusuhan dilihat memukul penunjuk perasaan dan menyerbu masuk ke dalam rumah.

Presiden Majlis-e-Ittehadul Muslimeen (AIMIM) Seluruh India Asaduddin Owaisi, yang mewakili Hyderabad di parlimen India, berkata terdapat "cubaan yang disengajakan" oleh BJP dan anggota dewan tempatan untuk menimbulkan masalah.

Beliau berkata bantahan akan berterusan sehingga ahli politik BJP itu dipenjarakan.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan