Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ahli politik perlu hormati larangan berceramah di masjid, kata PM M'sia

Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berkata semua pihak perlu menghormati dan akur terhadap arahan pihak berkuasa agama negeri mengenai larangan ahli politik menyampaikan kuliah atau ceramah politik di masjid dan surau.

Anggaran Waktu Membaca:
Ahli politik perlu hormati larangan berceramah di masjid, kata PM M'sia

(Gambar: Facebook/Anwar Ibrahim)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berkata semua pihak perlu menghormati dan akur terhadap arahan pihak berkuasa agama negeri mengenai larangan ahli politik menyampaikan kuliah atau ceramah politik di masjid dan surau.

Encik Anwar yang juga Menteri Kewangan Malaysia ketika ditemui media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan hari ini (7 Mac) berkata soal kebenaran memberi kuliah atau ceramah itu adalah terpakai kepada semua pihak termasuk dirinya.

Menurutnya lagi, beliau akan mengelak memberikan tazkirah atau menyampaikan ceramah di masjid, jika dijemput bagi menghormati larangan tersebut.

“Dalam menghormati arahan, saya mengelak (beri tazkirah atau ceramah) apabila singgah di masjid setiap Jumaat untuk bersolat dan hanya bersalaman serta beramah mesra dengan para jemaah yang ada," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang pada 4 Mac lalu yang menegaskan bukan menjadi satu kesalahan untuk ahli politik memberikan kuliah atau ceramah agama di seluruh masjid serta surau-surau, sebaliknya menjadi satu kewajipan untuk pemimpin bercakap mengenai politik Islam.

Sementara itu, dalam mengulas kenyataan Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) bahawa PN berhak merancang untuk merampas kerajaan, Encik Anwar berkata ia adalah naratif Abdul Hadi.

Semalam (6 Mac), Encik Abdul Hadi dilaporkan berkata usaha merampas kerajaan daripada parti memerintah adalah perkara biasa dalam politik, sama ada menerusi undi tidak percaya, akuan berkanun atau penyokong kerajaan berpaling tadah.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan