Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ahli politik Malaysia antara 10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas

Anggaran Waktu Membaca:
PETALING JAYA: Speaker DUN Pahang Sharkar Shamsudin mengesahkan Exco negeri itu Johari Harun antara 10 yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie, berhampiran kawasan kediaman Elmina, pada Khamis (17 Ogos).

“Berita yang menyedihkan, Johari Harun, Exco kerajaan Pahang, Ketua Umno Bentong dan Adun Pelangai telah kembali ke Rahmatullah.

Johari, 53 tahun, memegang portfolio kerajaan tempatan, perumahan, alam sekitar dan teknologi hijau, menurut Free Malaysia Today.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan mengesahkan 10 terkorban dalam nahas membabitkan pesawat persendirian itu.
 
Mereka yang terkorban adalah juruterbang dan pembantunya, enam penumpang serta dua pengguna jalan raya yang dirempuh pesawat berkenaan ketika terhempas, lapor Free Malaysia Today.

Pesawat milik Jet Valet Sdn itu berlepas dari Langkawi dan dilapor telah diberikan kebenaran oleh menara kawalan untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Bagaimanapun, pesawat jenis Beechcraft Model 390 dengan nombor pendaftaran N28JV itu dilaporkan terhempas sebelum dijadualkan mendarat.

Pesawat itu juga dilaporkan merempuh sebuah kereta dan sebuah motosikal, masing-masing direkodkan seorang setiap kenderaan.

Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat itu tidak membuat panggilan kecemasan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Norazman Mahmud berkata panggilan pertama yang dibuat pesawat itu dengan Menara Kawalan Udara Subang adalah pada 2.47 petang dan kebenaran mendarat diberikan satu minit kemudian.

“Bagaimanapun, pada 2.51 petang menara kawalan udara melihat kepulan asap dari lokasi terhempas dan tiada panggilan kecemasan diterima daripada pesawat itu,” katanya, dipetik daripada agensi berita Free Malaysia Today.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan