Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ahli politik keberatan menentang Raja meski salah, kata Mahathir

Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad berkata "adalah sukar" untuk menangani campur tangan raja-raja dalam hal ehwal kerajaan, sambil menambah pentadbirannya mungkin mempunyai lebih banyak ruang untuk mencapai matlamatnya jika ia memperolehi dua pertiga kuasa majoriti dalam parlimen.

Anggaran Waktu Membaca:
Ahli politik keberatan menentang Raja meski salah, kata Mahathir

Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 23 Apr 2019 11:37AM Dikemas Kini : 23 Apr 2019 11:40AM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad berkata "adalah sukar" untuk menangani campur tangan raja-raja dalam hal ehwal kerajaan, sambil menambah pentadbirannya mungkin mempunyai lebih banyak ruang untuk mencapai matlamatnya jika ia memperolehi dua pertiga kuasa majoriti dalam parlimen.

Dalam wawancaranya bersama akhbar The Star pada Isnin (22 Apr), Dr Mahathir menyesali terdapat sesetengah pemegang jawatan yang menganggap raja-raja sebagai tidak boleh dicabar dan maka itu, keberatan untuk memaklumkan mereka sekiranya "perkara yang salah dilakukan".

Semasa menyandang jawatan sebagai perdana menteri Malaysia buat pertama kali, Dr Mahathir mengusulkan pindaan-pindaan terhadap perlembagaan negara yang tidak memerlukan raja-raja untuk meluluskan undang-undang serta menghapuskan kekebalan raja-raja.

Menyentuh tentang pindaan untuk menarik balik kuasa veto raja-raja terhadap sebarang undang-undang, Dr Mahathir berkata usulan itu diluluskan kerana kerajaan pada masa itu mempunyai kuasa majoriti dua pertiga. Kerajaan pada masa kini bagaimanapun tidak mempunyai kelebihan yang sama, katanya.

"Kami tidak mempunyai dua pertiga kuasa majoriti. Kami memerlukan sokongan daripada pihak pembangkang untuk meminda undang-undang. Bagaimanapun, pihak pembangkang tidak begitu bersedia memberi sokongan," katanya, sambil merujuk kepada kegagalan untuk memulihkan hak Sabah dan Sarawak sebagai rakan yang sama rata.

Pakatan Harapan (PH) kini memerlukan sembilan kerusi untuk memperolehi majoriti dua pertiga dalam parlimen dengan 222 kerusi itu.

Buat masa ini, PH menerima sokongan daripada 139 penggubal undang-undang di parlimen - 129 daripada mereka merupakan anggota parti-parti komponennya sendiri manakala 10 yang lain adalah anggota parti-parti bersekutu di Sabah.

Dr Mahathir turut menambah bahawa rasa takut serta sifat menghormati menyebabkan ahli politik tidak berani menentang raja-raja. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan