Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ahli perniagaan Malaysia terlibat skandal rasuah tentera laut AS lari tahanan rumah

Anggaran Waktu Membaca:
Ahli perniagaan Malaysia terlibat skandal rasuah tentera laut AS lari tahanan rumah

(Gambar: Leonard Francis/Facebook)

Diterbitkan : 06 Sep 2022 01:02PM Dikemas Kini : 06 Sep 2022 01:02PM

WASHINGTON: Seorang kontraktor tentera warga Malaysia yang mengaku bersalah terhadap skandal rasuah besar-besaran dalam Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), melarikan diri daripada tahanan rumah di San Diego, lapor Khidmat Marsyal AS pada Isnin (5 Sep).

"Leonard Francis, memotong gelang kaki pemantauan GPS yang dipakainya pada pagi Ahad," kata Timbalan Penyelia Marsyal AS Omar Castillo kepada AFP dalam satu kenyataan.

Dikenali sebagai “Fat Leonard," warga Malaysia itu mengendalikan syarikatnya dari Singapura. Dia mengaku bersalah pada 2015 kerana menawarkan wang suapan sekitar AS$500,000 (S$701,652) kepada pegawai tentera bagi kontrak untuk menjalankan kerja-kerja perkhidmatan kepada kapal AS di limbungan kapalnya.

Jabatan Kehakiman AS (DoJ), menyifatkan perbuatan Leonard itu sebagai penipuan besar yang menelan belanja AS$35 juta (S$49 juta) kepada Tentera Laut. 

Polis dihantar ke rumahnya di San Diego pada Ahad selepas agensi yang memantau gelang kaki GPSnya melaporkan masalah dengan peranti itu, kata Marsyal Castillo.

"Mereka mendapati tiada sesiapa di rumah," katanya.

"Mereka kemudian memberitahu Marsyal AS yang pergi ke rumah itu dan mengesahkan dia tidak lagi berada di sana. Buat masa ini beberapa petunjuk sedang disiasat."

San Diego Union-Tribune melaporkan bahawa gelang GPS yang dipotong ditemui di dalam rumah, manakala jiran-jirannya melaporkan telah melihat trak keluar masuk dari rumah itu sejak beberapa hari lalu.

Francis ditangkap pada 2013 dan mengaku bersalah dua tahun kemudian. Dia mengalami pelbagai masalah kesihatan, termasuk barah buah pinggang, yang menyebabkan dia dibebaskan di bawah tahanan rumah pada 2018 sambil bertindak sebagai saksi kerjasama bagi pendakwa raya persekutuan.

Dia dijadualkan mendengar hukumannya pada 22 September.

Sumber : AFP/SU/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa