Ahli parlimen PN keluar dewan bantah dakwaan PM Anwar mengenai kes Ahmad Zahid
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Bernama
KUALA LUMPUR: Wakil PN keluar beramai-ramai meninggalkan sidang Dewan Rakyat petang ini selepas Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim mengecam Radzi Jidin (PN-Putrajaya) kerana ketawa ketika penjelasan mengenai kes Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) diberikan.
Encik Anwar yang juga ahli parlimen Tambun ketika itu memberikan penerangan mengenai isu Ahmad Zahid yang dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada 47 pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram baru-baru ini.
Kata Encik Anwar, isu mengenai apa yang dibincangkan di antara dia dengan peguam negara sebelum ini, Idrus Harun, dibangkitkan oleh Encik Hamzah Zainudin (PN-Larut), lapor agensi berita Malaysia kini.
Menurut Encik Anwar, apabila Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk menghentikan prosiding mahkamah membabitkan Encik Ahmad Zahid, dia bertanya kepada Encik Idrus.
Kata Encik Anwar, Idrus selaku peguam negara ketika itu mengakui memberikan arahan berkenaan.
Kenyataan itu dibantah oleh Encik Radzi yang bingkas berdiri dan mendesak Encik Anwar menarik balik kata-kata berkenaan, dipetik daripada Malaysia kini.
Encik Radzi yang juga bekas menteri kanan semasa kerajaan PN mendakwa kenyataan dibuat Encik Anwar itu berniat jahat kerana menuduh dia melakukan salah laku.
Keadaan menjadi kecoh selama lebih 20 minit dengan ahli parlimen dari kedua-dua blok saling bertegang leher, sama ada mendesak Encik Anwar menarik balik kenyataannya atau mempertahankan perdana menteri, menurut Malaysia kini.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.