Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ahli Parlimen Lahad Datu Mohamaddin Ketapi umum keluar Bersatu

Ahli Parlimen Lahad Datu Mohamaddin Ketapi juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama hari ini (28 Jun) mengumumkan keluar daripada Bersatu yang disertainya selepas meninggalkan Parti Warisan (Warisan) tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Ahli Parlimen Lahad Datu Mohamaddin Ketapi umum keluar Bersatu

Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi (tiga, kiri) ketika mengumumkan keluar dari Parti Bersatu hari ini dan menjadi Ahli Parlimen Bebas. (Gambar: BERNAMA)

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Lahad Datu Mohamaddin Ketapi juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama hari ini (28 Jun) mengumumkan keluar daripada Bersatu yang disertainya selepas meninggalkan Parti Warisan (Warisan) tahun lalu.

Encik Mohamaddin berkata beliau bertindak demikian atas sebab tidak diberi peranan serta kepercayaan untuk mengukuhkan parti tersebut terutama di peringkat akar umbi di kawasan Parlimen Lahad Datu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, setelah lebih enam bulan bersama Bersatu.

Beliau berkata walaupun keluar daripada sebuah parti membentuk kerajaan, beliau kekal sebagai Ahli Parlimen dan ADUN yang menyokong kerajaan Persekutuan juga Sabah dalam kapasiti sebagai wakil rakyat bebas.

“Setelah lebih enam bulan tiada sebarang peranan diberikan, saya tidak rasa kecewa dan saya anggap mungkin Bersatu sudah cukup kuat di Parlimen Lahad Datu dan DUN Segama oleh itu tiada keperluan untuk saya bertahan lama di parti ini,” katanya pada sidang media hari ini.

Pada 30 Okt tahun lalu, Encik Mohamaddin mengumumkan keluar daripada Parti Warisan (Warisan) sebelum menyertai Bersatu pada 26 Nov tahun lepas, dan hari ini membuat keputusan keluar daripada Bersatu.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan