Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ahli parlimen Bersatu sokong calon bebas pilihan raya kecil di Perak akan hadapi disiplin

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pulai akan merujuk Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas Osman Sapian yang dipercayai berkempen untuk calon bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, kepada Lembaga Disiplin parti.

Anggaran Waktu Membaca:
Ahli parlimen Bersatu sokong calon bebas pilihan raya kecil di Perak akan hadapi disiplin

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 31 Aug 2020 10:15PM Dikemas Kini : 31 Aug 2020 10:18PM

JOHOR BAHRU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pulai akan merujuk Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas Osman Sapian yang dipercayai berkempen untuk calon bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, kepada Lembaga Disiplin parti.

Ketua Bahagian itu Encik Ya’cob Atan berkata laporan itu akan dibuat sejurus pihaknya mengadakan mesyuarat bahagian minggu depan.

“Berkempen untuk calon yang menentang kita (Bersatu) bertentangan dengan Fasal 10.2.2 dan Fasal 10.2.3 Perlembagaan Bersatu,” kata Encik Ya’cob yang juga Ketua Penerangan Bersatu Johor pada sidang media selepas merasmikan Program Konvoi Semarak Kemerdekaan Bahagian Bersatu Pulai, di sini, pada Isnin (31 Ogos).

Dua hari lepas, tular satu video di laman sosial yang menunjukkan Encik Osman sedang berucap dipercayai berkempen menyokong calon bebas, Encik Amir Khusyairi Mohamad Tanusi pada pilihan raya kecil DUN Slim. Dalam video itu, Encik Osman mengakui masih menjadi ADUN Kempas atas tiket Bersatu dan menjadi ahli parti berkenaan.

Ia sekali gus bercanggah dengan kenyataan Encik Osman sebelum itu yang menyatakan kehadirannya ke Slim, Perak adalah hanya untuk bertemu rakan-rakan lama sambil makan angin dan tiada kaitan dengan politik.

Pada pilihan raya kecil DUN Slim Sabtu lepas, calon Barisan Nasional (BN) Encik Mohd Zaidi Aziz, 43, menang selepas memperoleh 13,060 undi, manakala Encik Amir Khusyairi meraih 2,115 undi dan seorang lagi calon bebas, bekas guru Encik S. Santharasekaran, 44, memperoleh 276 undi.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan