Skip to main content

Dunia

Ahli Democrat Amerika Syarikat usul ketetapan pecat Trump

Anggaran Waktu Membaca:
Ahli Democrat Amerika Syarikat usul ketetapan pecat Trump

Dokumen itu menuduh Trump memulakan peperangan dan pembunuhan, melakukan jenayah perang dan lanun di laut lepas. (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 08 Apr 2026 02:06PM Dikemas Kini : 08 Apr 2026 02:07PM
WASHINGTON: Anggota Demokrat Dewan Perwakilan Amerika Syarikat memperkenalkan usul untuk memecat Presiden Donald Trump di bawah 13 perkara.

"Usul...menuduh Donald J. Trump, Presiden Amerika Syarikat, kerana melakukan jenayah tinggi dan salah laku," menurut teks dokumen itu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Dokumen itu menuduh Encik Trump memulakan peperangan dan pembunuhan, serta melakukan jenayah perang dan kegiatan lanun di laut lepas.

"Trump secara tidak berperlembagaan memulakan perang sebagai permusuhan atau permusuhan bersama terhadap Iran, Yaman, Lubnan, Syria, Nigeria dan Gaza.

“Beliau mengancam menggunakan pasukan tentera terhadap Panama, Colombia, Cuba dan Greenland. Dalam semua usaha ini, Presiden Trump telah bertindak tanpa kebenaran kongres seperti yang diperlukan oleh perlembagaan," menurut usul itu.

Pihak Demokrat turut menuduh presiden memasukkan unsur ketenteraan dalam penguatkuasaan undang-undang domestik, siri penahanan dan pengusiran yang tidak mengikut perlembagaan, tindakan balas terhadap ucapan atau persatuan yang dilindungi oleh perlembagaan, mensabotaj kedaulatan undang-undang dan jenayah lain.
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita