Ahli botani Australia temui potensi rawatan penyakit genetik
Pakar tumbuhan Australia mengumumkan penemuan mekanisme molekular baharu pada gen
Gambar fail. (Gambar: REUTERS/Peter Nicholls)
SYDNEY: Pakar tumbuhan Australia mengumumkan hari ini (27 Jul) penemuan mekanisme molekular baharu pada gen, dapatan yang mungkin mampu menghasilkan rawatan masalah genetik utama dalam sistem saraf manusia.
Masalah berkenaan iaitu kerosakan saraf dalam mengendalikan otot atau dikenali Friedreich ataxia, adalah masalah genetik yang diwarisi, sering dialami oleh golongan pertengahan usia dan sehingga kini belum ada penawarnya.
Ia berlaku akibat sejenis mutasi yang digelar pertumbuhan berulang gen kembar tiga, menurut kenyataan Universiti Monash.
Dengan menggunakan model pokok renek berbunga, dikenali Arabidopsi Thaliana, penyelidik mendapati sekurang-kurangnya 11 gen berbeza yang berpotensi untuk digunakan bagi mengatasi kesan negatif mutasi itu, lapor Xinhua yang memetik kenyataan penyelidik kanan Sridevi Sureshkumar.
"Dapatan kami merintis jalan untuk meneroka potensi penyelesaian terhadap penyakit berkaitan genetik dalam kalangan manusia," kata ketua penyelidik Sains Biologi universiti itu, Prof Madya Sureshkumar Balasubramaniam.
Dapatan hasil kajian itu diterbitkan dalam jurnal Cell.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.