Skip to main content

Dunia

Ahli bomba cedera dalam insiden kuil tidak lagi bergantung kepada mesin sokongan jantung

Anggota bomba yang cedera parah dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Muhammad Adib Mohd Kassim, kini tidak lagi bergantung kepada mesin sokongan jantung.

Anggaran Waktu Membaca:
Ahli bomba cedera dalam insiden kuil tidak lagi bergantung kepada mesin sokongan jantung

Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah ketika menziarahi Muhammad Adib Mohd Kassim. (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 03 Dec 2018 07:59AM Dikemas Kini : 03 Dec 2018 08:03AM

KUALA LUMPUR: Anggota bomba yang cedera parah dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Muhammad Adib Mohd Kassim, kini tidak lagi bergantung kepada mesin sokongan jantung.

Bagaimanapun mesin sokongan masih terus digunakan pada bahagian paru-parunya.

"Doktor yang merawat beliau (Muhammad Adib) memaklumkan kepada saya bahawa jantungnya sudah berfungsi dengan sendiri," kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Muhammad Hamdan Wahid.

"Dan pihak Institut Jantung Negara (IJN) sudah mencabut mesin sokongan di bahagian jantung. Namun keadaannya masih disifatkan sebagai kritikal namun stabil,” tambah beliau.

Dalam pada itu, mengulas tentang perkembangan siasatan kes di kuil berkenaan, Encik Mohamad Hamdan berkata polis sudah mengambil keterangan lapan anggota bomba di lokasi kejadian di IJN pada Jumaat lalu (30 Nov).

"Kita serahkan siasatan penuh kes ini kepada polis dan bomba tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan kerana kita tidak mahu menggangu siasatan ini.

Dalam kejadian awal pagi Selasa lalu (27 Nov), Encik Muhammad Adib dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika terlibat dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata Encik Muhammad Adib memang diserang dan bukan dilanggar jentera bomba yang sedang mengundur semasa insiden rusuhan di kuil itu pada awal Selasa. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita