Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ahli arkeologi jumpai makam Incan di Peru

Ahli arkeologi warga Peru menemui makam Incan di utara negara Peru di mana seorang anggota elit empayar awal Columbia ditanam, menurut para penyelidik pada Jumaat (15 Feb). 

Anggaran Waktu Membaca:
Ahli arkeologi jumpai makam Incan di Peru

Makam Incan di Peru. (Gambar: Andina/AFP)

Diterbitkan : 16 Feb 2019 03:06PM Dikemas Kini : 16 Feb 2019 03:17PM

LIMA: Ahli arkeologi warga Peru menemui makam Incan di utara negara Peru di mana seorang anggota elit empayar awal Columbia ditanam, menurut para penyelidik pada Jumaat (15 Feb).

Makam itu dijumpai di tapak penggalian Mata Indio di utara wilayah Lambayeque, menurut ahli arkeologi Luis Chero kepada agensi berita negara Andina.

Para arkeologi mempercayai bahawa makam itu adalah kepunyaan seorang anggota elit Inca berdasarkan "spondylus", sejenis sesiput yang sering boleh didapati di makam-makam individu ternama dari tempoh Incan, yang berlangsung dari abad ke-12 hingga ke-16.

Makam itu sudah dipecah masuk beberapa kali, besar kemungkinan untuk mencari harta karun. Meskipun terdapat bukti perompakan, ahli arkeologi menjumpai barangan termasuk pasu-pasu.

Makam tersebut juga mempunyai ciri seni bina yang unik termasuk lubang-lubang untuk meletakkan patung-patung dewa.

Menurut Encik Chero, hasil dapatan itu "menunjukkan taraf diraja dan kepentingan tapak itu," yang terletak 1,000 kilometer utara ibu negara Lima, dan 2,000 kilometer dari Cusco - ibu negara kerajaan Inca yang menjangkaui selatan Colombia hingga pusat Chile. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan