Skip to main content

Dunia

Agong zahir harapan M'sia-Arab Saudi pertingkat hubungan dua hala, perpaduan ummah

Anggaran Waktu Membaca:
Agong zahir harapan M'sia-Arab Saudi pertingkat hubungan dua hala, perpaduan ummah

(Gambar: Facebook/Istana Negara)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar Malaysia dan Arab Saudi mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan perpaduan ummah.

Beliau menzahirkan harapan tersebut pada Majlis Jamuan Teh Petang yang dianjurkan oleh Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud di Mina, pada Khamis (29 Jun).

Turut berangkat ialah Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

“Dalam majlis yang berlangsung selama satu jam tersebut, Agong telah berkenan bertukar-tukar pandangan bersama Putera Mohammed dalam pelbagai perkara, termasuk hubungan dua hala yang telah terjalin dengan erat dan secara istimewa antara Malaysia dan Arab Saudi,” menurut catatan di Facebook Istana Negara pada Jumaat (30 Jun).

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Putera Mohammed atas persiapan rapi dan kejayaan kerajaan Arab Saudi menerima dua juta jemaah bagi musim haji tahun ini, iaitu jumlah terbesar semenjak COVID-19.

Pertemuan berkenaan juga manifestasi hubungan akrab antara kedua-dua negara.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita