Agong tidak akan layan agenda gugat kestabilan politik Malaysia

Gambar: Bernama
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong menegaskan bahawa beliau tidak akan melayan sebarang permintaan daripada mana-mana pihak yang cuba menggugat kestabilan politik negara.
Sultan Ibrahim menegaskan, semua pihak mestilah menerima kenyataan dan menghormati Kerajaan Perpaduan yang telah dibentuk.
"Jika ada yang hendak main politik tunggu masa pilihan raya akan datang," titah Agong semasa merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15.
Sultan Ibrahim turut mengingatkan bahawa Parlimen merupakan tempat para penggubal undang-undang berhimpun untuk membuat peraturan dan ahlinya adalah penggubal kepada undang-undang tersebut.
"Oleh itu adalah tidak masuk akal jika penggubal itu sendiri gagal mematuhi peraturan yang dibuat.
"Oleh yang demikian saya harap semua ahli dewan akan tunjukkan contoh teladan yang baik apabila berada di dewan yang mulia ini.
"Jaga adab dan tatatertib serta gunakan tutur kata yang sopan dan bukan maki hamun orang lain, kalau tengok perangai ahli dewan sebelum ini saya pun rasa malu nak masuk ke dewan ini," titah Agong lagi.
Seri Paduka turut bertitah agar kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara mesti menjalankan tugas dengan tegas untuk memastikan semua ahlinya mematuhi peraturan di sepanjang tempoh persidangan.
"Saya berikan lampu hijau kepada Speaker untuk ambil tindakan kepada Ahli Parlimen yang melampau batas, boleh kenakan banned (diharamkan) 14 hari jika ada yang masih degil.
"Oleh yang demikian saya harap semua ahli-ahli dewan akan tunjukkan contoh teladan yang baik apabila berada di dewan yang mulia ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.