Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Agong terima menghadap PM M'sia Anwar untuk mesyuarat Pra-Kabinet pertama

Anggaran Waktu Membaca:
Agong terima menghadap PM M'sia Anwar untuk mesyuarat Pra-Kabinet pertama

(Gambar:Facebook/Istana Negara)

Diterbitkan : 12 Dec 2022 09:39PM Dikemas Kini : 13 Dec 2022 07:01AM
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Isnin (12 Dis) berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara.

Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik ke laman Facebook memaklumkan sesi mesyuarat Pra-Kabinet itu berlangsung selama 45 minit bermula pukul 4.15 petang.

“Sesi ini juga adalah yang pertama buat Encik Anwar selepas beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia pada 24 November lalu,” menurut kenyataan itu.

Turut dimuat naik, tiga keping gambar menunjukkan Perdana Menteri mengadakan perbincangan dengan Seri Paduka.

Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri Malaysia berkenaan urusan serta isu berkaitan kerajaan.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan