Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Agong selesai jalani pemeriksaan kesihatan; dibenar keluar IJN

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dibenarkan keluar dari Wad Diraja Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada Jumaat (28 Jan). 

Anggaran Waktu Membaca:
Agong selesai jalani pemeriksaan kesihatan; dibenar keluar IJN

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (Gambar: BERNAMA)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dibenarkan keluar dari Wad Diraja Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada Jumaat (28 Jan). 

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Indera Ahmad Fadil Shamsuddin ketika dihubungi Bernama mengesahkan Seri Paduka dibenarkan keluar dari IJN pada 11.00 pagi tadi setelah selesai menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan sejak Sabtu lalu.

Pada Ahad, Encik Ahmad Fadil menerusi satu kenyataan memaklumkan pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan itu adalah berkaitan rawatan intervensi pada sendi-sendi lutut serta buku lali yang dijalani oleh Seri Paduka di IJN pada 24 September lalu. 

Menurut beliau, intervensi itu dibuat setelah Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) menunjukkan kecederaan pada sendi-sendi lutut dan buku lali Al-Sultan Abdullah ketika bersukan.

Sementara itu, Istana Negara menerusi laman Facebook rasmi memaklumkan, keberangkatan pulang Al-Sultan Abdullah dari IJN ke Istana Negara, diiringi oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

"Seri Paduka menzahirkan rasa terharu dengan keprihatinan rakyat terhadap keafiatan Baginda dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat yang telah mendoakan kesejahteraan Baginda," menurut kenyataan itu. 

Al-Sultan Abdullah juga sempat menunaikan solat Jumaat di Surau Utama Istana Negara hari ini.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan