Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Agong, Permaisuri tiba di London untuk istiadat kemahkotaan Raja Charles III

Anggaran Waktu Membaca:
Agong, Permaisuri tiba di London untuk istiadat kemahkotaan Raja Charles III

(Gambar: Istana Negara/Facebook)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di London, United Kingdom (UK) pada Rabu (3 Mei) bagi mengadakan lawatan khas sehingga 14 Mei.

Menurut catatan di Facebook Istana Negara, pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua serta delegasinya mendarat di Lapangan Terbang Luton, London pada 9.30 malam waktu tempatan (4.30 pagi waktu Malaysia).

Seri Paduka berdua disambut wakil Istana Buckingham, Timbalan Ketua Leftenan Elizabeth Slack; Wakil Khas Setiausaha Asing David Gordon-MacLeod dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Zakri Jaafar serta isteri, Nor Aini Abdul Rahman. 

Lawatan khas Seri Paduka Baginda berdua ke London adalah atas persilaan Raja Charles III bagi menghadiri Istiadat Kemahkotaan baginda sebagai Pemerintah United Kingdom di Westminster Abbey pada Sabtu (6 Mei).

Mereka turut dijadualkan menghadiri majlis resepsi dihoskan Raja Charles III di Istana Buckingham pada Khamis (4 Mei).

Menurut catatan itu, kali terakhir Seri Paduka berdua berangkat ke Istana Buckingham adalah pada 12 Oktober 2022 sempena kunjungan hormat ke atas Raja Charles III. 

Kunjungan hormat tersebut bersempena lawatan khas Seri Paduka berdua ke London dari 10 hingga 16 Oktober 2022.
Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan