Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Agong, Permaisuri akan ke London hadiri istiadat pertabalan Raja Charles III

Anggaran Waktu Membaca:
Agong, Permaisuri akan ke London hadiri istiadat pertabalan Raja Charles III

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. (Gambar fail: BERNAMA)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan mengadakan lawatan khas ke London, United Kingdom (UK) bermula dari 3 hingga 14 Mei 2023.

Baginda berdua diundang oleh Raja Charles III untuk menghadiri upacara pertabalan di Westminster Abbey pada 6 Mei 2023, lapor Astro AWANI. 

Seri Paduka Baginda berdua juga akan menghadiri Majlis Resepsi dihoskan oleh Raja Charles III di Istana Buckingham pada 5 Mei 2023.

Menurut kenyataan Wisma Putra, lawatan khas itu amat penting untuk menyatukan hubungan sedia ada dan akrab yang dikongsi antara Malaysia dan UK, terutamanya antara institusi diraja kedua-dua negara serta ikatan dalam Komanwel.

Lawatan khas tersebut turut menzahirkan kepentingan hubungan erat antara kedua-dua negara bekerjasama dalam pelbagai bidang yang disokong di peringkat pemerintahan tertinggi negara, menurut Astro AWANI lagi.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan