Skip to main content

Dunia

Agong perkenan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memperkenankan pelantikan Encik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Jun 2018 07:19AM Dikemas Kini : 06 Jun 2018 12:58AM

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memperkenankan pelantikan Encik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata atas nasihat Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, Seri Paduka mengesahkan perkara itu mengikut Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV menyeru semua rakyat Malaysia untuk menerima bahawa pelantikan Peguam Negara Malaysia tidak patut menimbulkan konflik ke atas kaum atau agama, kerana semua rakyat Malaysia harus dilayan dengan adil tanpa mengira bangsa dan agama,” kata beliau.

Dalam kenyataan bertarikh 4 Jun yang dkirim Istana Negara kepada Bernama awal pagi ini (5 Jun), Wan Ahmad Dahlan berkata Seri Paduka berkata bahawa pelantikan tersebut tetap memelihara hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

"Setelah mengambil kira pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja tentang pelantikan (i) Peguam Negara Malaysia, (ii) hak Bumiputera serta (iii) peranan Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku juga memperkenan penamatan perkhidmatan Mohamad Apandi Ali sebagai Peguam Negara oleh kerajaan Malaysia,” kata beliau.

Wan Ahmad Dahlan berkata Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan rasa dukacita dan bimbang terhadap laporan media yang tidak tepat dan bersifat negatif kebelakangan ini, yang dilihat boleh mengancam keamanan dan keharmonian Malaysia.

“Seri Paduka Baginda menitahkan bahawa beliau mempunyai kewajipan untuk menegakkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan memelihara hak-hak orang Melayu dan Bumiputera serta melindungi agama Islam,” kata beliau.

Baru-baru ini, Dr Mahathir mencadangkan peguam terkemuka Encik Tommy Thomas sebagai calon Peguam Negara bagi menggantikan Encik Mohamad Apandi, kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita