Skip to main content

Dunia

Agong perintah agensi M'sia yang terlibat, rakyat bersedia hadapi risiko banjir

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memerintahkan semua agensi berkaitan membuat persediaan menyeluruh yang rapi bagi menghadapi risiko banjir semasa musim monsun Timur Laut yang bakal menjelang demi kebajikan para penduduk.

Menurut Yang di-Pertuan Agong persediaan itu bukan hanya dalam aspek mengurangkan kesan banjir tetapi merangka satu kaedah bagi memastikan bantuan kepada para mangsa dapat diberikan secara teratur, segera dan berkesan.

Berucap di majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 9 Oktober Yang di-Pertuan Agong berkata ia selaras dengan ajaran Islam yang menuntut umatnya sentiasa membuat persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan pada masa hadapan.

"Setiap tahun pada bulan November, negara akan berhadapan dengan risiko banjir, malah baru-baru ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Malaysia akan berhadapan dengan hujan lebat serta risiko banjir besar.

“Beta ingin mengingatkan seluruh rakyat beta untuk memperkemaskan diri dan melakukan persediaan bagi menghadapi fenomena perubahan cuaca yang bakal berlaku kelak."

Turut hadir di majlis itu ialah Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob serta para menteri dan ratusan orang yang lain.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita