Agong nasihatkan rakyat Malaysia berdisiplin laksana kawalan kendiri di tengah kenaikan kes COVID-19
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Agensi berita
KUALA LUMPUR: Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan rakyat Malaysia supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan berdisiplin dalam kawalan kendiri berikutan peningkatan kes COVID-19 mutakhir ini.
Dalam kenyataannya, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Mejar Jeneral Indera Zahari Mohd Ariffin memaklumkan Al-Sultan Abdullah bertitah rakyat, khususnya golongan rentan, warga emas dan mereka yang mempunyai komorbiditi mengamalkan pemakaian pelitup di kawasan-kawasan tumpuan awam, sesak dan tertutup.
Agong juga bertitah agar rakyat menjaga penjarakan fizikal dan kerap mencuci tangan serta menggunakan cecair pembasmi kuman, menurut Astro Awani.
"Selain kawalan kendiri tersebut, individu bergejala disaran mengelakkan 3S iaitu berada di kawasan sesak, sempit dan bersembang sebagai langkah pencegahan dan bagi mengurangkan risiko jangkitan virus ini.
"Seri Paduka Baginda menzahirkan kegusaran jika rakyat lalai atau mengambil sikap sambil lewa, kes COVID-19 akan terus meningkat, tambahan pula ketika ini musim percutian sekolah yang menyaksikan banyak pergerakan dan perhimpunan orang ramai," ujarnya, lapor Astro Awani.
Menurut Encik Zahari, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan sokongan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis memantau rapi kes jangkitan virus tersebut di seluruh negara dan mengeluarkan kenyataan, cadangan serta arahan berkaitan, bergantung kepada situasi semasa.
"Sehubungan dengan itu, rakyat juga disaran supaya sentiasa peka dengan perkembangan terkini berkenaan kes COVID-19 di negara ini dan arahan dikeluarkan oleh KKM dari semasa ke semasa," katanya lagi, seperti dipetik Astro Awani.
Dilaporkan dari 10 hingga 16 Disember, kes COVID-19 melibatkan seramai 20,696 pesakit, dengan 151 pesakit memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.