Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Agong lanjutkan tempoh pemakluman kerajaan baru, calon PM hingga 2 petang Selasa

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan supaya tempoh pemakluman pembentukan kerajaan dan calon Perdana Menteri Malaysia dilanjutkan ke pukul dua petang, Selasa (22 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Agong lanjutkan tempoh pemakluman kerajaan baru, calon PM hingga 2 petang Selasa
Diterbitkan : 21 Nov 2022 02:07PM Dikemas Kini : 21 Nov 2022 02:15PM

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan supaya tempoh pemakluman pembentukan kerajaan dan calon Perdana Menteri Malaysia dilanjutkan ke pukul dua petang, Selasa (22 Nov).

Menurut Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin lanjutan itu diberikan susulan permohonan ketua parti dan gabungan kepada Istana Negara pada Isnin. Tempoh masa berkenaan, asalnya ditetapkan berakhir jam 2 petang hari ini.

Selaras lanjutan itu, parti politik kini mempunyai tambahan sekurang-kurangnya 24 jam lagi untuk merunding pembentukan kerajaan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), sekali gus menamakan seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri ke-10.

Sehubungan itu Al-Sultan Abdullah menyeru dan menasihati seluruh rakyat negara itu supaya bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baru dan pencalonan bakal PM selesai.

"Seri Paduka Baginda turut mengingatkan bahawa pentadbiran negara masih berjalan seperti biasa di bawah pengurusan Perdana Menteri Sementara berdasarkan prinsip-prinsip yang digariskan bagi Kerajaan Sementara", menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara.

Sumber : Agensi berita/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan