Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Agong jalani pemeriksaan di hospital akibat sakit kaki

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sedang menjalani pemeriksaan serta pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital di sini kerana gering di bahagian kaki.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin berkata walau bagaimanapun, kesihatan Al-Sultan Abdullah secara amnya dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan.

Sehubungan itu, beliau berkata semua program dalam masa terdekat yang melibatkan keberangkatan Al-Sultan Abdullah ditangguhkan ke tarikh yang akan diumumkan kelak.

"Seri Paduka dijadualkan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara dalam masa terdekat setelah selesai menjalani rawatan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin (20 Jun).

Tambahnya, rakyat diseru bersama-sama mendoakan semoga Al-Sultan Abdullah dikurniakan kesembuhan segera dan keafiatan yang berpanjangan.
Sumber : Bernama/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan