Agong gesa Polis Malaysia jalankan siasatan menyeluruh berhubung kes GISBH
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: Bernama
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berkaitan isu jenayah serta penganiayaan kanak-kanak yang dikaitkan dengan rumah amal Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).
Sultan Ibrahim memandang serius perkara itu selepas pelbagai berita dilaporkan serta disiarkan di media massa mengenai rumah amal berkenaan.
“Saya mahu siasatan menyeluruh dijalankan dan tindakan segera diambil,” kata Sultan Ibrahim menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Selasa (17 Sep).
Sultan Ibrahim juga mengingatkan bahawa perkara berkaitan akidah umat Islam seharusnya dipelihara setiap masa dan tidak boleh dipandang ringan.
“Semua pihak diingatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau pandangan yang melampau berkaitan isu agama kerana ia amat sensitif dan mesti ditangani dengan berhati-hati,” tegas Yang di-Pertuan Agong.
Pada Selasa, Ketua Polis Negara Razarudin Husain dalam sidang media memaklumkan hasil ujian saringan kesihatan ke atas 392 kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal dikaitkan GISBH menerusi Ops Global mendapati terdapat unsur penderaan fizikal dan emosi terhadap mangsa.
Selain itu, terdapat juga elemen buruh dan eksploitasi kanak-kanak dengan mereka yang berumur bawah 18 tahun dipaksa bekerja menjual barang.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.