Agong doakan perpaduan dan keharmonian M'sia terus berkekalan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Facebook/ Istana Negara MY
KUALA LUMPUR: Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baru 2023 dan mendoakan perpaduan dan keharmonian negara terus berkekalan.
Menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Istana Negara, mereka berdua turut mendoakan kesejahteraan seluruh rakyat dan negara.
āSemoga seluruh rakyat dan negara dilimpahi keberkatan, kesejahteraan dan kemakmuran serta dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah,ā menurut mereka berdua.
Sambutan ambang tahun baru yang sepatutnya diadakan di Dataran Merdeka pada Sabtu (31 Dis) dibatalkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim berikutan keadaan beberapa negeri yang dilanda musibah banjir dan kesusahan dialami rakyat pada masa ini.
Ia diganti dengan program Munajat Ambang Tahun Baru 2023 bersama Perdana Menteri di Masjid Putra, Putrajaya bermula 6.30 petang ini.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.