Skip to main content

Dunia

Agong dan PM Anwar rai Hari Raya bersama rakyat Malaysia

Umat Islam di Malaysia, yang juga menyambut Aidilfitri pada Isnin (31 Mac), membanjiri masjid dan surau di seluruh negara.
 

Anggaran Waktu Membaca:
Agong dan PM Anwar rai Hari Raya bersama rakyat Malaysia

Sultan Ibrahim menghadiri Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 31 Mar 2025 08:44PM Dikemas Kini : 31 Mar 2025 08:45PM
  • Umat Islam di Malaysia, yang juga menyambut Aidilfitri pada Isnin (31 Mac), membanjiri masjid dan surau di seluruh negara.
  • Di Kuala Lumpur, para jemaah disertai Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, menunaikan solat Hari Raya di Masjid Wilayah Persekutuan.
  • Sesudah menunaikan solat sunat Aidilfitri, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menghadiri Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara.
  • Majlis tersebut turut dihadiri Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail, serta barisan jemaah menteri kerajaan dan ketua-ketua perwakilan asing.
Dijana oleh AI
KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia, yang juga menyambut Aidilfitri pada Isnin (31 Mac), membanjiri masjid dan surau di seluruh negara.

Di Kuala Lumpur, para jemaah disertai Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, menunaikan solat Hari Raya di Masjid Wilayah Persekutuan. 

Sesudah menunaikan solat sunat Aidilfitri, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menghadiri Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara.

Majlis tersebut turut dihadiri Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail, serta barisan jemaah menteri kerajaan dan ketua-ketua perwakilan asing.

Selain daripada lauk raya, para hadirin dijamu juadah yang sinonim dengan negeri Johor seperti kacang pool, mi rebus Johor dan laksa Johor.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita