Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Agong berangkat hadir hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 di Istana Negara pada Rabu (30 Nov).

Mesyuarat itu pada Rabu sekali lagi dipengerusikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, di Kuala Lumpur.

Mesyuarat selama dua hari bermula pada Selasa (29 Nov) itu berlangsung selepas kali terakhir diadakan pada 29 dan 30 Jun lalu yang dipengerusikan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Turut berangkat ke mesyuarat itu ialah Tuanku Syed Sirajuddin, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Selain itu, turut berangkat Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra, selain dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim turut hadir di mesyuarat berkenaan.

Pada mesyuarat itu, Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar negara masing-masing, manakala Yang Dipertua Negeri diiringi Ketua-ketua Menteri kecuali Sarawak yang diiringi Timbalan Premier.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan