Agensi senjata nuklear Amerika diceroboh selepas Microsoft SharePoint digodam
Pentadbiran Keselamatan Nuklear Amerika Syarikat adalah antara agensi yang dicerobohi selepas sofwe pengurusan dokumen Microsoft, SharePoint digodam, lapor Bloomberg News pada Selasa (22 Jul), sambil menukil individu yang berpengetahuan mengenai perkara itu.
Logo Microsoft di luar bangunan. (Gambar fail: AP)
Menurut Bloomberg, tiada maklumat sensitif atau sulit diketahui terjejas dalam serangan terhadap Pentadbiran Keselamatan Nuklear Amerika, iaitu agensi yang bertanggungjawab mengekalkan dan mereka bentuk simpanan senjata nuklear negara itu.
Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan laporan itu.
Jabatan Tenaga Amerika Syarikat, Agensi Keselamatan Infrastruktur dan Keselamatan Siber Amerika serta Microsoft juga belum menjawab permintaan dari Reuters untuk mengulas tentang laporan tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.