Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Agensi risik AS beri amaran Iran, Rusia campur tangan dalam pilihan raya presiden 2020

Tinggal sekitar dua  minggu sebelum pilihan raya presiden Amerika Syarikat, para pegawai risik Amerika memberi amaran tentang percubaan Iran dan Rusia untuk campur tangan dalam pengundian. Ia melibatkan sekurang-kurangnya empat wilayah termasuk Florida

Anggaran Waktu Membaca:
Agensi risik AS beri amaran Iran, Rusia campur tangan dalam pilihan raya presiden 2020

Pengarah Jabatan Risik Amerika John Ratcliffe. (Gambar: Leah Millis/REUTERS)

Diterbitkan : 22 Oct 2020 04:37PM Dikemas Kini : 22 Oct 2020 05:28PM

WASHINGTON: Tinggal sekitar dua minggu sebelum pilihan raya presiden Amerika Syarikat, para pegawai risik Amerika memberi amaran tentang percubaan Iran dan Rusia untuk campur tangan dalam pengundian. Ia melibatkan sekurang-kurangnya empat wilayah termasuk Florida.

Menurut Biro Siasatan Federal Amerika, FBI kedua-dua negara tersebut juga sudahpun mendapatkan data daftar pengundi Amerika.

Iran dan Rusia, tambah FBI, boleh menggunakan data tersebut untuk menyampaikan maklumat palsu bagi mencetuskan kebingungan serta menyebabkan keadaan huru-hara.

Pengarah Jabatan Risik Amerika John Ratcliffe, bagaimanapun, memberi jaminan sistem pengundian Amerika tetap utuh dan undi rakyatnya adalah terjamin.

Sementara itu, dalam kempen parti Democrat di Pennsylvania, mantan Presiden Barack Obama muncul buat julung-julung kalinya bagi berkempen untuk calon Presiden Joe Biden.

Encik Obama membidas Presiden Donald Trump kerana mencabuli demokrasi dengan berbohong setiap hari. Sehari sebelumnya, Encik Trump sendiri berkempen di Pennsylvania.

Tinjauan CNN menunjukkan lebih 40 juta rakyat Amerika sudahpun mengundi iaitu hampir 30 peratus daripada sejumlah 136 juta undi semasa pilihan raya presiden 2016.

Encik Biden kini mendahului Encik Trump dengan sebanyak sembilan mata.

Sumber : Reuters/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan