Skip to main content

Dunia

Agensi pengurusan Great Barrier Reef seru tindakan tegas Australia terhadap perubahan iklim

Agensi yang menguruskan Great Barrier Reef bertikai dengan kerajaan konservatif Australia dan menyeru tindakan "paling tegas dan cepat" terhadap perubahan iklim untuk menyelamatkan kekayaan marin warisan dunia itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Agensi pengurusan Great Barrier Reef seru tindakan tegas Australia terhadap perubahan iklim

(Gambar: SARAH LAI/AFP)

Diterbitkan : 19 Jul 2019 02:39PM Dikemas Kini : 19 Jul 2019 02:54PM

SYDNEY: Agensi yang menguruskan Great Barrier Reef bertikai dengan kerajaan konservatif Australia dan menyeru tindakan "paling tegas dan cepat" terhadap perubahan iklim untuk menyelamatkan kekayaan marin warisan dunia itu.

Pihak Berkuasa Taman Marin Great Barrier Reef, sebuah badan pemerintah, menyatakan dalam kajian yang dikeluarkan minggu ini, bahawa pengurangan segera dalam pelepasan gas rumah hijau secara nasional dan global, diperlukan untuk melindungi masa depan terumbu itu.

Peningkatan suhu laut yang dikaitkan dengan perubahan iklim menjejas kawasan terumbu karang 2,300 kilometer itu, yang merupakan tapak Warisan Dunia yang disenaraikan PBB.

Pelepasan gas rumah hijau di Australia meningkat sejak empat tahun lalu di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Scott Morrison, yang baru dipilih semula, yang menyokong industri besar arang batu negara itu.

Australia enggan menguatkuasakan sasaran pengurangan pelepasan yang disetujui di bawah perjanjian iklim Paris dalam dasar tenaga secara formal dan para pakar mempersoalkan sama ada ia dapat memenuhi komitmennya untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sekurang-kurangnya 26 peratus di bawah paras tahun 2005, menjelang 2030.

Namun, agensi pemerintah memberi amaran bahawa: "hanya tindakan paling tegas dan paling cepat mengenai perubahan iklim akan mengurangkan risiko dan mengurangkan kesan perubahan iklim pada terumbu karang. Kehilangan lanjut tidak dapat dielakkan namun dapat dikurangkan dengan menghadkan peningkatan suhu global sebanyak mungkin."

Pihak berkuasa terumbu itu mengatakan bahawa trend pelepasan gas pada saat ini, jika tidak diatasi, akan menyebabkan peristiwa pemutihan (bleaching) terjadi dua kali setiap dekad menjelang sekitar 2035 dan bakal terjadi secara tahunan sebelum pertengahan abad.

"Jika pemutihan berlaku lebih kerap, masa akan semakin suntuk untuk terumbu pulih dan kekal dalam bentuk sedia ada," katanya. 

Sumber : AFP/HK/hk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita