Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Agensi penguatkuasaan M'sia bongkar helah peniaga daging naikkan harga

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka pada Jumaat (23 Apr) mendedahkan pelbagai helah yang dibuat oleh peniaga daging untuk menaikkan harga jualan termasuk “melembutkan” daging beku sebelum dijual sebagai daging “segar”.

Anggaran Waktu Membaca:
Agensi penguatkuasaan M'sia bongkar helah peniaga daging naikkan harga

(Gambar: REUTERS/Paulo Whitaker)

Diterbitkan : 23 Apr 2021 02:55PM Dikemas Kini : 23 Apr 2021 03:00PM

MELAKA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka pada Jumaat (23 Apr) mendedahkan pelbagai helah yang dibuat oleh peniaga daging untuk menaikkan harga jualan termasuk “melembutkan” daging beku sebelum dijual sebagai daging “segar”.

Pengarahnya Norena Jaafar berkata perkara itu dikesan oleh pihaknya dalam pemantauan yang dijalankan di Pasar Besar Melaka hari ini.  

“Dalam pemantauan tadi kita dapati ada peniaga yang menjual daging kerbau dengan harga RM22 (S$7) berbanding harga yang ditetapkan iaitu RM20 (S$6.45). Alasan yang diberi ialah dia sudah ‘melembutkan’ daging kerbau tersebut yang asalnya daging kerbau beku.

“Pegawai penguat kuasa telah memberi amaran, dan sekiranya berulang, tindakan kompaun atau denda akan dikenakan kepada peniaga berkenaan,” katanya pada sidang media selepas melakukan pemantauan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2021 di pasar berkenaan.

Beliau turut menasihati peniaga agar bijak dalam memilih pemborong bagi memastikan bekalan diperoleh pada harga rendah.

“Ada penjual ayam beri alasan terpaksa naikkan harga sebab dia mendapatkan bekalan daripada pemborong atas pemborong dan juga faktor telah kenal lama pemborong.

“Penjual sepatutnya boleh mencari alternatif lain dengan mendapatkan bekalan lebih murah daripada peladang atau pemborong lain, dan mereka perlu bertimbang rasa dengan pengguna yang tertekan dengan kenaikan harga barang,” katanya.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan