Skip to main content

Dunia

Agensi pelarian PBB akan potong peruntukan hampir seperlima dek kurang biaya

Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) menyatakan pada Isnin (1 Sep) ia merancang untuk memotong peruntukan belanjawannya sebanyak hampir seperlima tahun depan disebabkan oleh kekangan kewangan, walaupun konflik, termasuk perang Sudan menyebabkan jumlah rekod orang berpindah keluar dari rumah masing-masing.

Anggaran Waktu Membaca:
Agensi pelarian PBB akan potong peruntukan hampir seperlima dek kurang biaya

Penduduk Palestin menerima tepung dan bantuan kemanusiaan lain yang diagihkan oleh UNRWA di Jabaliya, Carikan Gaza pada 25 Mac 2025. (Gambar: AP/Jehad Alshrafi)

GENEVA: Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) menyatakan pada Isnin (1 Sep) ia merancang untuk memotong peruntukan belanjawannya sebanyak hampir seperlima tahun depan disebabkan oleh kekangan kewangan, walaupun konflik, termasuk perang Sudan menyebabkan jumlah rekod orang berpindah keluar dari rumah masing-masing.

Unjuran belanjawan UNHCR bagi 2026 akan berkurangan daripada AS$10.2 bilion (S$13 bilion) kepada AS$8.5 bilion (S$10.9 bilion), menurut dokumen yang diterbitkan online.

Agensi itu juga merancang menutup biro Afrika Selatannya dan memotong hampir 4,000 pekerjaan.

Seorang jurucakap UNHCR berkata belanjawan yang dikurangkan itu masih "bercita-cita tinggi" memandangkan agensi itu mendapat separuh pembiayaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau menambah jumlah penderma yang berkurangan itu sudah pun mewujudkan risiko lebih besar bagi golongan pelarian, sambil memberi amaran "golongan mudah terjejas akan mati" tanpa sokongan mencukupi.

Badan yang berpangkalan di Geneva titu menjangkakan jumlah individu yang terpaksa berpindah dan tanpa kewarganegaraan di seluruh dunia akan mencecah 136 juta pada 2026, naik daripada 129.9 juta pada 2024.

Jurucakap itu menekankan bahawa perangkaan sebanyak 136 juta itu merupakan anggaran perancangan bagi mesyuarat penderma di Geneva pada bulan depan, bukan ramalan.

Penutupan biro serantau di Pretoria, Afrika Selatan akan berkuat kuasa pada 1 Oktober, dengan peranan biro itu diambil alih oleh pejabat-pejabatnya di Afrika Timur dan Barat.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita