Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Agensi pelancongan minta maaf; akan pulangkan wang jemaah terkandas di KLIA

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Selepas 12 jam hampir 400 bakal jemaah Haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis (7 Jul), individu yang juga wakil syarikat agensi pelancongan yang terlibat tampil memohon maaf.

Menerusi perbualan di aplikasi Whatsapp bersama Astro AWANI, individu terbabit memohon maaf atas kejadian yang menimpa kumpulan bakal jemaah haji itu semalam.

"Jutaan maaf dari kami pihak UC Travel. Kami sudah sedaya upaya berusaha untuk terbangkan jemaah, tetapi kami tidak berjaya.

"Maka pihak kami akan membuat pemulangan wang kepada jemaah yang terlibat. Saya juga terkesan bila orang panggil kami scammer (penipu). Hakikatnya, kami di UC Travel sangat berusaha untuk terbangkan jemaah," jelasnya secara ringkas.

Mengulas lanjut, ujarnya, sebarang kenyataan akan dikeluarkan selepas berbincang bersama peguamnya terlebih dahulu.

"Saya akan bincang dengan peguam saya dahulu. Kerana bukan kami sahaja yang gagal, ramai lagi agensi pelancongan gagal.

"Tetapi kami terkedepan kerana kami bawa jemaah ke lapangan terbang, kami memang mencuba sedaya upaya.

"Untuk ketika ini, semua group UC Travel sedang menjawab semua (persoalan) berkaitan jemaah kami," katanya lagi.

Tambahnya, satu sidang media akan diadakan pada minggu depan bagi memberi penjelasan mengenai kejadian yang menimpa hampir 400 bakal jemaah haji itu.

Pada Khamis (7 Jul), hampir 400 bakal jemaah haji terkandas di KLIA selepas tidak dapat berlepas ke Jeddah, Arab Saudi bagi mengerjakan rukun Islam kelima itu.

Sehingga kini, 17 aduan polis sudahpun dibuat bakal jemaah Haji yang terkandas di sekitar Lembah Klang.

Pada masa yang sama, siasatan dijalankan pihak polis di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Turut menjalankan siasatan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dibawah Seksyen 8 (1) (d) Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan