Skip to main content

Dunia

Agensi PBB perlu lebih banyak sumbangan dana bantu pelarian Palestin

Anggaran Waktu Membaca:
Agensi PBB perlu lebih banyak  sumbangan dana bantu pelarian Palestin

Kanak-kanak Palestin menyelamatkan mainan dari rumah mereka yang hancur dalam serangan Israel pada 17 Mei 2021 (Gambar: AFP)

GAZA: Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) perlu mengumpul berjuta-juta dolar untuk mengurangkan defisitnya sebelum akhir 2023, kata seorang pegawai UNRWA pada Sabtu (29 Jul).

Penasihat media agensi PBB itu, Adnan Abu Hasna, berkata agensi berkenaan memerlukan lebih banyak bantuan untuk membiayai program kesihatan, pendidikan dan lain-lain, lapor Xinhua.

Beliau berkata kekurangan dana akan menjejaskan program bantuan makanan di Semenanjung Gaza untuk manfaat kepada 1.2 juta pelarian Palestin, program bantuan tunai di Syria dan Lubnan.

Ratusan ribu pelarian di Lubnan dan Syria bergantung dengan bantuan UNRWA. katanya kepada pemberita di Gaza City.

Ditubuhkan pada 1949, UNRWA diberi mandat untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Palestin.

Hampir kesemua pembiayaannya datang daripada sumbangan sukarela.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita