Agensi makanan PBB henti hantar makanan ke kawasan dikuasai Houthi
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Ahmad AL-BASHA)
ROME: Program Makanan Sedunia (WFP) menyatakan pada Selasa (5 Dis) bahawa ia akan menghentikan bantuan makanan di kawasan-kawasan dilanda perang di Yaman yang dikuasai kumpulan pemberontak Houthi.
Tindakan tersebut akan menjejas jutaan orang, lapor Arab News.
WFP menambah bahawa "penangguhan sementara" itu didorong pembiayaan yang terhad dan kekurangan rundingan bersama pihak berkuasa pemberontak untuk mengurangkan bantuan sejajar dengan sumber agensi tersebut.
"Keputusan sukar ini, dibuat dengan rundingan bersama penderma, berikutan rundingan selama hampir setahun, di mana tiada persetujuan dicapai untuk mengurangkan jumlah individu yang dibantu dari 9.5 juta kepada 6.5 juta," tulis WFP dalam satu kenyataan.
Jurucakap WFP Stephane Dujarric berkata bahawa WFP gagal untuk "menubuhkan sistem yang selamat dan bertanggungjawab supaya bantuan dapat dihantar" ke kawasan-kawasan dikuasai kumpulan pemberontak.
Pengumuman WFP dibuat sejurus selepas kumpulan Houthi melancarkan serangan ke atas kapal-kapal di Laut Merah, membahayakan salah satu laluan kapal penting dunia yang kritikal buat perdagangan dunia.
Kumpulan itu menyokong Hamas dan serangannya dikaitkan dengan perang Israel-Hamas yang sedang berlangsung, seperti dinukil laporan Arab News.
WFP menyatakan bekalan makanan di kawasan dikuasai Houthi "hampir habis dan meneruskan bantuan makanan, walaupun dengan persetujuan segera, boleh mengambil masa sehingga empat bulan akibat gangguan rantaian bekalan."
Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berpangkalan di Rome menyatakan ia akan meneruskan program lain, seperti projek pemakanan dan memberi makan di sekolah, untuk menghadkan kesan penangguhan mengagihkan makanan.
Di kawasan yang dikawal pemerintah di Yaman, WFP menyatakan pengagihan makanan umum akan diteruskan "dengan tumpuan lebih tinggi kepada keluarga yang paling terdedah."

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.