Skip to main content

Dunia

Agensi cuaca Indonesia keluar amaran ombak setinggi 6 meter di perairan Bali

Anggaran Waktu Membaca:
Agensi cuaca Indonesia keluar amaran ombak setinggi 6 meter di perairan Bali

Seorang pengunjung pantai melihat ombak besar di pantai Kuta berhampiran Denpasar, pulau Bali di Indonesia. (Gambar: SONNY TUMBELAKA / AFP)

Diterbitkan : 08 Jul 2025 08:59AM Dikemas Kini : 08 Jul 2025 09:10AM
JAKARTA: Pejabat cawangan Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) di Bali mengeluarkan amaran pada Isnin (7 Jul) mengenai kemungkinan berlakunya ombak berbahaya setinggi sehingga enam meter yang dijangka menjejas aktiviti pelayaran di perairan sekitar Pulau Bali dari Selasa hingga Jumaat, lapor Xinhua.

Pusat Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Wilayah di Bali, sebuah unit pelaksana teknikal BMKG, memaklumkan yang ombak besar boleh berlaku di semua kawasan perairan yang mengelilingi Pulau Bali.

Menurut laporan media tempatan, ombak tertinggi iaitu sehingga enam meter, dijangka berlaku di kawasan perairan pantai selatan.

Pusat wilayah itu turut menggesa orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan peningkatan kelajuan angin di kawasan berkenaan, yang boleh menghasilkan ombak besar dan menimbulkan risiko serius kepada aktiviti maritim.
Sumber : Bernama/IM/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita