Skip to main content

Dunia

Agenda 'Johor Selamat' pertingkatkan keselamatan di Johor Bahru

Anggaran Waktu Membaca:
Agenda 'Johor Selamat' pertingkatkan keselamatan di Johor Bahru

Gambar: Bernama

Diterbitkan : 14 Aug 2022 04:42PM
JOHOR BAHRU: Aspek keselamatan di negeri Johor Bahru akan terus dimantapkan kerajaan Johor melalui pelbagai inisiatif dalam agenda "Johor Selamat".

Ia selari dengan matlamat untuk mencapai status negeri maju menjelang 2030.

Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi berkata bagi menjayakan agenda itu, perolehan skuter elektrik dan van balai polis bergerak serta pondok polis telah dinaik taraf dalam usaha membantu pasukan polis Diraja Malaysia (PDRM) mengekalkan keamanan di Johor.

Beliau berkata selain itu, PDRM juga akan terus bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia, agensi-agensi beruniform dan badan bukan kerajaan untuk meningkatkan lagi keselamatan negeri.  

“Selain agensi keselamatan, empat pihak berkuasa tempatan (PBT) turut memainkan peranan besar dalam membantu menjaga keselamatan awam untuk kawasan Greater Johor Bahru. 

“Di bawah Inisiatif Bandar Pintar, setiap kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan Greater Johor Bahru sedang dan akan disambung ke sebuah Pusat Kawalan yang akan memantau seluruh bandar raya itu, termasuk kawasan-kawasan tumpuan,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook pada Sabtu (13 Ogos).

Encik Onn Hafiz berkata Pusat Kawalan itu akan disambung terus kepada talian polis dalam usaha untuk mengurangkan kes jenayah, selain turut menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) bagi melakukan proses mengecam wajah serta kenderaan untuk memudahkan penyiasatan dan aduan.

Beliau berkata tahap keselamatan yang tinggi akan menyediakan keadaan kondusif kepada pelabur dan pelancong dapat berlibur dengan tenang. 

“Kesemua ini akan menjurus kepada peningkatan kewangan negeri untuk jangka masa panjang, yang akhirnya akan dimanfaatkan sendiri oleh Bangsa Johor,” kata beliau.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita