Afrika Selatan terima keputusan ICJ ke atas kes pembunuhan beramai-ramai Israel
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: ANP/AFP/Remko de Waal)
JOHANNESBURG: Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa dan pegawai kanan pemerintah pada Jumaat (26 Jan) menerima baik keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), yang memerintahkan Israel supaya tidak melakukan pembunuhan beramai-ramai dalam operasi ketenteraannya di Gaza.
“Ia merupakan penghakiman bermakna bagi semua yang mahu melihat keamanan di Palestin,” lapor Agensi Anadolu (AA) memetik kenyataan Fikile Mbalula, setiausaha agung parti Kongres Nasional Afrika (ANC) yang memerintah, kepada pemberita.
Pegawai ANC yang menghadiri mesyuarat parti, termasuk Encik Ramaphosa, menyaksikan siaran langsung keputusan ICJ itu.
Ketika mahkamah membuat keputusan sementara tersebut, Presiden Ramaphosa, para menteri dan anggota parti lain dilihat bergembira, lapor AA.
“Biar sejarah mencatat bahawa #Afrika Selatan memimpin masyarakat antarabangsa dalam perjuangan untuk memberi makna kepada "tidak sekali lagi"....! Rakyat #Palestin juga mempunyai hak untuk hidup,” tulis Clayson Monyela, jurucakap Jabatan Perhubungan Antarabangsa dan Kerjasama di X.
Pada 29 Disember, Afrika Selatan memfailkan saman di ICJ meminta injunksi terhadap Israel, atas alasan bahawa serangan Israel ke atas Gaza melanggar Konvensyen Pembunuhan Beramai-Ramai.
Dalam keputusan sementara bagi kes pembunuhan beramai-ramai di The Hague pada Jumaat, ICJ mengarahkan Israel supaya mengambil "semua langkah dalam kuasanya" untuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, namun tidak mengarahkan gencatan senjata.
Mahkamah juga memerintahkan Israel mengambil langkah segera dan berkesan, untuk membolehkan penyediaan perkhidmatan asas dan bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan di Carikan Gaza.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.