Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Afrika Selatan lapor hampir 20,000 kes COVID-19, jumlah rekod sejak varian Omicron dikesan

Afrika Selatan melaporkan hampir 20,000 kes baru COVID-19 pada Rabu (8 Dis), iaitu jumlah rekod sejak varian Omicron dikesan serta 36 kematian baru berkaitan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:

JOHANNESBURG: Afrika Selatan melaporkan hampir 20,000 kes baru COVID-19 pada Rabu (8 Dis), iaitu jumlah rekod sejak varian Omicron dikesan serta 36 kematian baru berkaitan COVID-19.

Bagaimanapun tidak segera jelas berapa banyak daripada kes itu disebabkan oleh Omicron, memandangkan hanya sebahagian daripada sampel menjalani ujian berjujuk. Namun para pakar percaya ia memacu gelombang keempat jangkitan COVID-19 di Afrika Selatan.

Statistik dari Institut Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NICD) menunjukkan jumlah kes COVID-19 di negara itu sebanyak 3.071 juta, dengan lebih 90,000 kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan sejak pandemik bermula.

Bukti awal mencadangkan bahawa Omicron mungkin lebih mudah berjangkit berbanding varian-varian sebelumnya, namun gejala yang dialami para pesakit mungkin kurang serius, dengan kadar kemasukan ke hospital lebih rendah terutama sekali dalam kalangan pesakit yang sudah divaksin.

Namun kemelesetan ekonomi yang dialami Afrika Selatan - yang terjejas dek sekatan perjalanan antarabangsa sejak para saintis mengenal pasti varian itu pada hujung bulan lalu - bertambah buruk.

Presiden Cyril Ramaphosa dijadual mengadakan pertemuan dengan para pegawai kanan yang bertanggungjawab bagi respons COVID-19 pada minggu ini dan akan memutuskan sama ada sekatan perintah berkurung peringkat rendah akan diperketat.

Namun, ia mungkin tidak akan dilaksanakan kerana keupayaan hospital masih terkawal, seperti dalam gelombang jangkitan sebelumnya.

Pengawal selia kesihatan Afrika Selatan SAHPRA pada Rabu meluluskan dos ketiga atau dos penggalak vaksin Pfizer COVID-19 bagi golongan dewasa dan kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke atas. 

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan